12 March 2011

Geli apabila dijilat si comel

Siapa yang tak pernah rasa geli apabila dijilat. Kan? Begitu juga dengan aku. Entry pada kali ini berkisar tentang perangai kucing yang suka menjilat. Kucing?  Ya betul kucing bukannya tentang orang yang suka menjilat (walaupun ada). Ada aku kesah?
Aku memang sukakan kucing sejak dari azali lagi. Dulu aku pernah membela beberapa ekor kucing sehinggalah pada suatu hari, aku tidak lagi mahu memelihara kucing kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Kesian juga kadangkala melihat kucing yang terbiar dan tidak mempunyai tuan. Dan mengapa masih ada orang yang begitu kejam sehingga sanggup membunuh haiwan yang tidak berdosa ini tanpa sebarang perasaan kasihan. Manusia kejam seperti ini tidak layak digelar 'insan'.

Harga seekor kucing kacuk seperti 'kucing parsi' boleh mencecah ribuan ringgit sehingga tidak masuk akal dibuatnya. Berbalik kepada cerita tadi, sememangnya aku geli sedikit bila terjumpa kucing yang suka menjilat tangan, muka atau kaki aku. Apa yang aku maksudkan ialah pabila kali pertama bertemu. Contohnya sewaktu aku berkunjung ke rumah saudara atau teman-teman. Sampai naik bulu roma dibuatnya. Aku memang suka dimanjakan oleh kucing yang bersih, gebu dan comel. Suka sangat tengok gelagat kucing tersebut apatah lagi bila bermain kejar-mengejar dan bersembunyi di dalam rumah. Kelakar giler. Bila dah sayang, tidur pun bersama.

Itu sumer memori lama yang masih aku kenang hingga ke saat ini. Kucing kesayangan aku dulu bernama BUBU dan seekor lagi bernama BUSYUK. Air mata aku jatuh menitis dan berderai ke bumi bila kehilangan kucing yang aku sayangi. Merekalah tempat aku berbual dan meluahkan rasa walaupun aku sedari mereka cuma haiwan yang tidak mampu berkata-kata namun mereka amat mengerti akan kesepian dan kesunyian di hati aku ini pada waktu itu. Apakan daya, jodoh kami untuk hidup bersama hanya sementara. Busyuk telah kembali menyahut panggilanNya setelah ia terlibat dalam satu kemalangan langgar lari manakala Bubu pula mati kerana sakit. Itulah kenangan terindah sepanjang hidupku sewaktu aku masih bersama mereka. Masih terbayang-bayang lagi wajah dan gurauan mereka. Pada waktu aku menaip ini juga, kelopak mataku terasa basah. Wahai air mataku, janganlah engkau turun mengalir. Oh tidak. Hatiku begitu tersentuh sekali...


aku memang sayangkan kucing


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.