Hari Khamis minggu lepas aku telah menerima panggilan telefon dari DJ Lin Suria FM. Rasa macam tak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila aku dijemput ke Majlis Aprisiasi Suria Cinta pada 24 Mac 2011 di CARLOS FOOD HEAVEN, KENANGA INTERNATIONAL, JLN SULTAN ISMAIL, Kuala Lumpur sumbangan CARLOS FOOD HEAVEN. Berbaloi juga aku menghantar sms semasa rancangan Suria Cinta. Memang tebaik...rezeki aku. Syukur...
Sepatutnya aku membawa 3 orang lagi rakan ke majlis itu tapi memandangkan mereka tidak dapat menghadirkan diri maka aku cuma membawa sorang saja. Sudah setahun lebih aku menjadi pendengar setia Suria FM terutama sekali rancangan Suria Cinta. Memang setiap hari aku mendengar radio Suria FM. Terima kasih yang tak terhingga kepada Suria FM dan juga DJ-DJ mereka yang begitu ramah dan 'sporting'.
Perut kenyang dan aku terhibur sekali di majlis itu. Walaupun tak dapat banyak hadiah, tetapi aku tetap pulang dengan perasaan gembira.
![]() |
| DJ Lin bersama trofi yang dimenanginya pada Anugerah Sri Angkasa |
![]() |
| aku merupakan pendengar setia rancangan Suria Cinta |
![]() |
| Tuah dan Bob membawakan lagu 'Biarlah Bulan Bicara'. |
![]() |
| bersama Tyzo. cayalah bro... |




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.