Hari ni terpaksa aku meringankan jari-jemariku untuk menaip sesuatu di blog yang yang seberapa meriah ini. Maklumlah dah lama tak ada entry baru.
Hari Khamis lepas aku ke Pavilion setelah selesai aktiviti beramah mesra dengan para DJ dari Suria FM. Member aku sorang ni beriya-iya mengajak aku menonton filem yang penuh dengan kontroversi iaitu ... Dalam Botol. Sebelum ini pun memang aku ternantikan tayangannya. Dah ada peluang baguslah memandangkan ini merupakan hari pertama ia ditayangkan kepada umum. Tetapi untuk kategori 18 tahun ke atas sahaja. Secara keseluruhan jalan ceritanya agak perlahan tetapi mempunyai kekuatan yang tersendiri. Babak-babak 'panas' seperti aksi berpelukan sesama lelaki dan elemen 'gay' tidak terlalu menonjol kerana mungkin penulis skrip mahu penonton menghayati cerita ini sebagai satu kisah yang memberi pengajaran kepada masyarakat umum bukan bertujuan mahu menjaja isu cinta sesama jenis. Tahniah kepada barisan pelakon 'senior' yang berjaya membawa watak mereka dengan begitu baik sekali. Bukan semua orang mampu menjiwai watak-watak didalam filem ini. Lakonan Arja Lee dan Wan Raja juga patut diberikan pujian.
| GSC Pavilion |
![]() |
| barisan pelakon utama |
Cerita-cerita begini sememangnya ada berlaku di dalam masyarakat kita namun siapalah kita untuk menghukum mereka. Setiap insan mempunyai pilihan masing-masing asalkan tidak sampai merana diri dan membawa kepada kesengsaraaan hidup.
Berbaloi aku menonton filem yang sensasi ini. Bukan untuk bermegah tetapi sekadar satu renungan bersama. Jangan ketinggalan untuk menonton filem ini.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.