07 September 2010

semakin hampir ke penghujung

Pejam celik sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa. Begitu cepat masa berlalu dan kita semakin hampir ke penghujung Ramadhan dan tiba lama nanti 1 Syawal akan tiba. Banyak lagi persiapan yang aku belum buat. Asyik busy dengan kerja sampai tiada masa langsung nak buka beg pakaian. Pagi lusa nanti aku akan bertolak balik ke Sungai Petani dengan kakak sulungku. Nampak gayanya kali ini kami pulang ke Kedah menaiki keretanya. Harap-harap besok sempat pergi ke workshop untuk membuat pemeriksaaan sebelum pulang.


Semalam jadualku agak ketat. Aku memandu merentasi hujan lebat ke Bt 18. Kg. Jawa yang terletak di Hulu Langat. Last minute buat tempahan bauhulu. Tadi pun aku call semula sebab nak tambah order lagi. Tempat ni memang famous dengan bauhulu mereka yang pelbagai rasa. Favourite aku selain bauhulu ori tentulah perisa pandan dan capuccino. Sesekali beli buah tangan kat keluarga almaklumlah raya sekali jer dalam setahun. Besok petang lepas habis kerja barulah aku pergi sana untuk mengambilnya.












Bila dah tak cukup tido, akibatnya mata mula kelihatan lebam dan tak bermaya. Mujurlah produk dari Loreal membantu aku menyegarkannya semula. Bak kata model Loreal' kerana diriku begitu berharga'. Lelaki juga harus menjaga penampilan diri apatah lagi di musim perayaan ini.









Duit raya tahun ni pun belum tukar lagi. Mujurlah anak buah cuma 4 orang. Semalam cuma sempat mengisi duit biru ke dalam sampul. Petang ni baru aku akan ke bank untuk tukar duit hijau dan merah. Paket duit raya tahun-tahun sebelum ni masih elok jadi aku tak perlu mencari yang lain. Apa yang boleh dikitar semula, baik pakai aje. Betul tak kak Jah?









Tak sabar rasanya nak pulang ke Kedah sambil menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Jom balik kampung...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.