
Dahulu aku pernah menyayangi seseorang dan di sini jua aku telah kehilangan insan yang aku sayangi. Namun aku tetap mengunjungi lokasi yang pernah menjadi nostalgia suka duka sewaktu bersama dulu.

Deruan ombak laut di bibir tebing Padang Kota seakan mengerti perasaanku. Berdosakah aku kerana masih mengingati insan yang kini telah menjadi milik orang lain?

Hidup perlu diteruskan selagi bernyawa. Biarkan saja semua kenangan itu berlalu..
Dan kini aku perlu tabah menghadapi semua dugaan yang mendatang. Mujurlah ada rakan-rakan yang memahami dan sedikit sebanyak membantu menghiburkan hati.
Jiwang la plak seketika....
Topik seterusnya...
Tidak sah kalau datang ke Penang kalau tak cuba Pasembur/rojak mamak di sini.
Dan hasilnya...

RM16 untuk 2 orang makan. Rasa-rasa tu mahal ke tak?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.