Untuk raya pada tahun ini, aku memilih untuk memakai baju melayu berwarna hijau berserta kain sampin songket. Terima kasih pada seseorang yang telah memberikanku kain ini yang telah dibelinya di Dubai. Aku amat menyukai warna dan kualitinya. Baju ini telah aku tempah jahitannya di sebuah butik di KLCC.

Aku juga gemar memakai topi tetapi bergantung pada keadaan. Sehingga kini aku telah mengumpul lebih daripada 8 jenis topi. Ada diantara topi tersebut merupakan pemberian dari teman-teman terdekat. Buat masa ini, aku cuma sukakan 3 jenis topi yang telah aku perolehi dari jenama Replay dan Armani Exchange manakala 1 lagi datang dari Hawaii. Aku amat menghargai semua barang-barang yang aku miliki kerana aku bukanlah jenis yang suka pakai buang. Jika aku sukakan sesuatu koleksi itu, aku akan menyimpannya biarpun warna barang tersebut nampak lusuh. Itulah aku.

Bercakap tentang produk mandian pula, sejak dari tahun 2000, aku gemarkan gel mandian berjenama The Body Shop. Terasa nyaman dan tenang sekali apabila menghidu aroma buih yang dihasilkan oleh wangian gel tersebut. Jika bernasib baik, aku akan hanya mencari gel mandian limited edition seperti haruman rose, halia,green tea dan lavender. Selain itu,aroma fruity tetap menjadi pilihan utama sewaktu membeli.

Teringat sewaktu aku kecil dahulu, di pagi hari raya, emak akan menyediakan sebaldi air yang mengandungi limau purut dan juga sintok. Ini bertujuan memberikan aroma yang menyegarkan pada badan sebelum menunaikan solat sunat hari raya. Sehingga kini, ada kalanya aku masih mengamalkan petua orang dulu-dulu. Pengalaman yang paling berharga ialah mandi bunga berserta dengan susu dan yogurt di sebuah spa di Bali.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.