
Dah lama tak makan kedondong. Hrmm..kebetulan sekarang bulan puasa pula. Jawabnya aku hanya dapat makan selepas waktu berbuka nanti. Namun aku tak kisah sangat sebab dalam peti ais, kuah rojak yang aku beli tempohari masih belum terusik. Dapat cicah bersama serbuk asam pun sedap juga. 1 paket aku habiskan malam tadi. Lebih kurang dalam 20 biji.

Puas hati bila dah dapat makan. Nak beli yang dijual tepi jalan aku tak berapa sangat sebab aku memang cerewet soal kebersihan. Takut sakit perut pula kalau terbeli yang tidak bersih nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.