Setelah cuti raya selama 6 hari, aku dah pun kembali bekerja seperti biasa. Hari ini baru tergerak hati nak menaip sesuatu di blog. Sambutan raya pada tahun ni ala kadar sahaja. Dah lebih 15 tahun aku dan keluarga menyambut raya tanpa kehadiran seorang lelaki yang bernama abah. Atok dan Wan juga telah lama menyahut seruan Ilahi. Tiada kampung halaman yang hendak dikunjungi. Hanya pusara mereka yang sempat aku lawati sewaktu pulang ke Kedah tempohari. Semoga roh mereka aman bersemadi di Alam ciptaan Yang Maha Esa. Amin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.