Pagi tadi aku kunci penggera henpon supaya aku boleh bangun bersahur pada jam 4.30 pagi. Bila dah terjaga tu, terfikir pula nak makan apa untuk bersahur. Lantas tanganku mencapai mee segera MAMEE perisa kari. Rasa malas plak pagi ni kalau nak goreng nasi memandangkan siang nanti aku bekerja, jadi tidur kenalah cukup. Biasalah orang bujang, asalkan dapat masak yang simple, sudah. Tak perlu nak cerewet sangat dalam bab bersahur ni. Dan hasilnya, mee segera kari mengikut caraku sendiri. Cepat, mudah dan sedap. Sedap ke? Tentulah. he he. Kalau tak puji diri sendiri siapa lagi kan..

Sambil makan tu,aku mendengar radio melayan lagu-lagu kegemaranku yang diputarkan melalui SuriaFM.

Tak dilupakan pencuci mulut iaitu buah kurma madu dan aiskrim sebagai penutup hidangan bersahur pagi tadi.


Selamat meneruskan ibadah berpuasa yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.